Wednesday, 22 July 2020

Bab Haid Hadis 04 - Air Keruh Kekuningan selepas haid dianggap bukan darah haid


8 comments:

  1. PERAWI : Bukhari dan Abu Daud dan lafaz ini pada Abu Daud
    Darjatnya: SAHIH
    Maksudnya: Apabila perempuan haid telah bersuci, tetapi masih keluar air yang keruh kekuning-kuningan, maka hal ini tidak dianggap darah haid.
    HUKUMnya: Air keruh yang kkuning-kuningan setelah habis masa haid tidak dianggap lagi sebagai haid. Kerana itu tidak najis dan wanita tersebut wajib solat seperti biasa - Kitab Pedoman Mencapai hajat : Drs Muhammad Thalib

    ReplyDelete
  2. -------------
    Makna Hadis
    -------------
    Darah haid adalah darah kental berwarna merah kehitam-hitaman dan telah dikenali warna dan baunya di kalangan kaum wanita. Jika seorang wanita telah suci setelah keluarnya al-qushshah (cecair berwarna putih yg keluar sesudah haid) atau sesudah al-jufuf (sesuatu yang digunakan untuk menyumbat rahim seperti kapas atau lain-lain. lalu ia keluar dalam keadaan kering), kemudian keluar lagi darah berwarna merah kekuning-kuningan atau berwarna keruh, maka ia tidak dianggap sebagai darah haid. Adapun darah yang keluar sebelum datangnya masa suci, samada ia berwarna merah kekuning-kuningan atau berwarna keruh dalam masa haid, maka ia dianggap haid. Ini telah diketahui oleh Nabi SAW melalui keterangan beberapa orang kaum wanita, lalu Nabi SAW menetapkan demikian ke atas mereka.

    ReplyDelete
  3. -------------
    كنَّا
    -------------
    Kmai pada zaman Nabi SAW. Hukum hadis ini marfu' yang bererti ia dinyatakan berdasarkan pengetahuan Nabi SAW sebagai pengakuan daripadanya ke atas masalah ini.

    ReplyDelete
  4. ----------
    لاَ نَعُدُّ الْكُدْرَةَ
    ----------
    kami tidak menganggap sebagai darah haid darah yang keluar berwarna seperti air yang keruh sesudah masa haid habis.

    ReplyDelete
  5. -------------
    وَالصُّفْرَةَ
    -------------
    yang kelihatan seperti nanah berwarna kekuning-kuningan

    ReplyDelete
  6. -------------
    بعد الطهر
    -------------
    Sesudah berlalu masa-masa haid. Ini dapat diketahui setelah dilihat adanya al-qashshah atau al-jufuf.

    ReplyDelete
  7. --------------
    Fiqah Hadis
    --------------
    Hadis ini mempunyai dua pengertian iaitu mantuq dan Mafhum. Pengertian hadis berdasarkan Mantuq (makna tersurat) ialah darah yang keluar daripada rahim sesudah suci dan habisnya masa haid yg telah dimaklumi tidak dinamakan haid. Sedangkan pengertian hadis berdasarkan mafhum (makna tersirat) ialah darah yang keluar berwarna kekuning- kuningan atau berwarna keruh sebelum masa suci dikategorikan sebagai darah haid.

    ReplyDelete
  8. ----------
    Periwayat Hadis
    ----------
    Ummu 'Athiyyah nama sebenarnya adalah Nasibah binti Ka'ab al-Ansoriyah. Beliau pernah membaiah Nabi SAW dan termasuk dikalangan sahabat wanita yang berpengaruh. Beliau sentiasa ikut berperang bersama Rasulullah SAW dan bertugas merawat dan mengubati kaum musliminyang terluka dan mengalami sakit. Hadis yang telah diriwayatkannya berjumlah 40, dan Muhammad bin Sirin mengambil riwayat daripanya.

    ReplyDelete