Friday, 24 July 2020

Bab Haid Hadis 02 - Darah Istihadhah

5 comments:

  1. Sebagian dari wanita, pasti ada yang mengalami pendarahan atau keluar darah bukan pada saat masa haidatau nifas. Darah yang keluar itu disebut Istihadhah. Atau diartikan bahwa istihadhah adalah darah yang keluar di luar waktu haid dan nifas, atau keluar langsung setelah masa haid dan nifas. Kebanyakan kaum Hawa yang mengalaminya, bisa terjadi hampir terus menerus, atau beberapa waktu dalam sebulan. Sehingga istihadhah juga berarti keluarnya darah terus-menerus pada seorang wanita tanpa henti sama sekali atau berhenti sebentar seperti sehari atau dua hari dalam sebulan. Dalam pandangan Islam, ada beberapa dalil yang menerangkan tentang kondisi darah istihadhah ini. Seperti diriwayatkan Aisyah radhiyallahu ‘anha bahwa Fatimah binti Abu Hubaisy berkata kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
    يَا رَسُوْلَ الله إِنِّي أُسْتَحَاضُ. وفي رواية: أُسْتَحَاضُ فَلاَ أَطْهُر
    "Ya Rasulullah, sungguh aku ini tak pernah suci ” Dalam riwayat lain “Aku mengalami istihadhah maka tak pernah suci” (HR Bukhari)
    Diriwayatkan juga dari Hamnah binti Jahsy ketika datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Beliau bersabda :
    ا رَسُوْلَ الله إِنِّي أُسْتَحَاضُ حَيْضَةً كَبِيْرَةً شَدِيْدَةً رواه أحمد وأبو داود والترمذي وصحح، ونقل عن الإمام أحمد تصحيحه وعن البخاري تحسينه
    (Ya Rasulullah, sungguh aku sedang mengalami Istihadhah yang deras sekali." ((HR Ahmad,AbuDawud dan At-Tirmidi)). Istihadhah bukan merupakan kebiasaan, pembawaan atau kodrat penciptaan wanita, melainkan urat darah yang terputus sehingga mengeluarkan darah yang berwarna merah dan tidak berhenti kecuali jika sembuh.

    ReplyDelete
  2. HUKUM DARAH ISTIHADAH
    Istihadah bukan merupakan penghalang bg mendirikan solat,puasa dan ibadat2 lain yg boleh di laksanakan sewaktu haid dan nifas.Dalilnya ialah hadis berikut "daripada Aisyah r.anha.bahawa beliau telah berkata:"Fatimah binti Abi Hubaisy prnah datang kpd Rasulullah SAW lalu bertanya "Sesungguhnya saya ini menderita istihadah hingga tdk kunjung2 bersih,haruskah aku meninggalkan solat?" Rasulullag SAW pun brsabda kepadanya "Jangan! Tinggalkanlah solat(hanya) pada hari2 (yg biasanya) kau haid saja.kemudian mandilah dan berwudhu setiap kali hendak solat.kemudian tetaplah solat,sekalipun darah menitis pada tikar"

    ReplyDelete
  3. ----------------
    MAKNA HADIS
    ----------------
    Syariat Islam menjelaskan hukum hakam haid dan istihadhah sekaligus memberi peluang bagi kaum wanita untuk menanyakan pelbagai hukum yang berkaitan dengan ehwal agama mereka. Dalam pada itu, Islam menjelaskan perbezaan antara darah haid dengan darah Istihadhah samada dari segi tempat keluar, ciri dan hukumnya. Tidak hanya itu, syariat islam juga membolehkan menreka menjamak antara 2 solat yang waktunya saling berdekatan antara satu sama lain seperti solat zohor dengan solat asar, solat Maghrib dengan solat Isyak dalam bentuk jamak formal iaitu mengerjakan solat yang pertama diakhir waktu dan solat yang kedua di awal waktu. Dengan demikian, setiap solat dikerjakan tetap didalam waktunya masing-masing. Ini merupakan satu kemudahan yang diberikan oleh agama Islam kepada kaum muslimin.

    ReplyDelete
  4. ---------------
    Jama' Shuri Bukan hakiki
    ---------------
    Jama' Shuri ialah mengerjakan solat zohor di penghujung waktunya dan mengerjakan solat asar di permulaan waktunya. Ini disebut Jama' Shuri atau bentuk Jama' Formal kerana dilihat dari segi bentuk formalnya sahaja sebab masing-masing solat dikerjakan tepat pada waktunya masing-masing.Kata Nabi: " هو أعجب الأمرين إلي " Ia merupakan pilihan yang paling aku sukai (kerana ia mudah dikerjakan dan inilah pilihan yang kedua. maknanya Rasulullah SAW tidak membolehkan wanita yang istihadhah menjamak 2 solat secara jamak hakiki, malah baginda menyuruh supaya tetap mengerjakan solat tepat pada waktunya meskipun solat yang pertama dikerjakan pada penghujung waktunya dan solat kedua pula dikerjakan pada permulaan waktunya.

    ReplyDelete
  5. ---------------
    كما تحيض النساء
    ---------------
    tentukan masa haidmu mengikut kebiasaan haid yang berlaku dikalangan kaum wanita yang lain, iaitu enam atau tujuh hari. Begitu pula tentukan masa sucimu mengikut kebiasaan suci yang berlaku dikalangan kaum wanita yang lain iaitu 23 atau 24 hari. Ini berlandaskan kepada kebiasaan berhaid di kalangan kaum wanita.

    ReplyDelete