PERAWI - Muslim Darjatnya - Sahih Maksudnya: Menerangkan bahawa darah yang keluar di luar waktu haid yang biasa adalah darah penyakit ( Istihadhah ) HUKUM: Wanita Istihahdhah disunatkan mandi setiap kali akan solat seperti tersebut pada hadis ini.
---------------- Makna Hadis ---------------- Kaum wanita pada permulaaan Islam mempunyai perhatian yang amat besar untuk menanyakan apa2 yang dianggap musykil dalam agama. Tujuannya ialah supaya mereka dapat beribadah kepada Allah SWT dengan cara yang betul dan hati mereka dipenuhi dengan perasaan khusyuk kepadaNya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dari soalan yang diajukan oleh Ummu Habibah dan langkahnya untuk mandi setiap kali hendak mengerjakan solat sebagai amalan sunat dan sikap berhati-hati dalam urusan agama, padahal mandi tidak diwajibkan ke atasnya setiap kali hendak mengerjakan solat, melainkan dia hanya diwajibkan berwudhuk saja.
---------------- Ummu Habibah ---------------- Ummu Habibah, namanya sebenarnya adalah Habibah binti Jahsy dan nama panggilannya adalah Ummu Habibah, isteri Abdurrahman ibn Auf (r.a). Beliau adalah saudara perempuan Zainab Ummu al-Mu'minin dan hamnah isteri al-Zubair ibn al'Awwam (r.a.)
------------------ شكت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الدم ------------------ Lalu dia mengadu kepada Rasulullah SAW mengenai pendarahan di luar kebiasaan yang dia alami.
----------------- أمكثي ----------------- Tahanlah dirimu, yakni jangan mengerjakan solat dan perkara-perkara yang dilarang bagi wanita yang sedang berhaid
--------------- فكانت تغتسل كل صلاة --------------- dia sentiasa mandi setiap kali hendak mengerjakan solat dan hukum mandi ini sunat kerana dia tidak disuruh untuk berbuat demikian.
--------------- Feqah hadis --------------- Wanita yang beristihadhah diperintahkan untuk merujuk kepada pengetahuan berikut: (1)- Kebiasaann yang telah dia alami sebelum istihadhah (2)- kebiasaan haid bagi kaum wanita yang umurnya sebaya dengannya iaitu selama enam atau tujuh hari. masa haid yang paling minimum ialah sehari semalam, kebanyakkannya enam atau tujuh hari sedangkan batasan maksimumnya ialah 15 hari. (3)- Spesifikasi darah dilihat dari segi warna dan baunya. (4)- Masa datang dan masa berhentinya. maka dia wajib mandi pada masa haidnya berhenti manakala hukum mandi dan wudhu' sesudah itu, maka keterangannya dihuraikan dalam hadis no 118 pada bahagian fiqh hadis - Ibanah al-Ahkam
-------------- Darah Haid & Hukum Hakamnya -------------- Darah haid ialah darah normal yang keluar dari pangkal rahim wanita yang baligh dalam keadaan sihat tanpa apa-apa sebab pada waktu tertentu. Sekurang-kurang haid ialah sehari semalam (24Jam). Sepanjang-panjang haid ialah 15 hari. Biasanya 6/7 hari. ---------------- Hukum Hakam Haid ---------------- (1)- Haram dan tidak sah solat fardhu atau sunat termasuk solat jenazah. Dan tidak perlu diqadha' (2)- Haram dan tidak sah melakukan sujud tilawah dan sujud syukur (3)- Haram dan tidak sah melakukan tawaf fardhu atau sunat. (4)- Haram dan tidak sah puasa fardhu atau sunat namun puasa Ramadhan wajib di qadha'. (5)- Haram iktikaf/duduk di dalam masjid (6)- Haram masuk/lalu dalam masjid jika bimbang mengotori masjid. (7)- Haram baca Quran dgn niat baca Quran (8)- Haram menyentuh Mushaf Quran (9)- Haram dan tidak sah mandi wajib dan berwudhu' sebelum darah haid berhenti (suci) (10)- Haram disetubuhi suami walaupun berlapik (11)- Haram digauli suami berseronok2 antara pusat dan lutut tanpa berlapik. (12)- Haram suami ceraikan isteri masa haid tetapi talak jatuh/sah.
---------------- Darah Nifas ---------------- Darah yang keluar lepas bersihnya rahim daripada kandungan iaitu darah yang keluar selepas bayi/kandungan keluar dengan sempurna (habis keluar) dengan syarat darah tersebut keluar sebelum berlalunya tempoh 15 hari suci selepas sesuatu kelahiran / keguguran. ---------------- Hukum Hakam Nifas ---------------- Sekurang-kurang nifas ialah satu lahzah (sedetik), sebanyak-banyak nifas ialah 60 hari dan kebiasaannya adalah 40 hari Hukum nifas adalah sama semuanya spt hukum haid.
------------------ Darah Istihadhah ------------------ Darah yang keluar bukan pada hari-hari haid dan nifas.Ia merupakan darah penyakit yang keluar melalui urat di hujung rahim yang dinamakan 'azil. ------------------ Hukum Hakam Darah Istihadhah ------------------ Darah ini tidak mewajibkan mandi , wajib bersolat dan berpuasa. ------------------ Apa Yang perlu dilakukan oleh Perempuan Yg Istihadhah ------------------ (1)- Membasuh darah tersebut (2)- Memakai pad dan seumpamanya (3)- Segera untuk berwudhu' (4)- Disyaratkan wudhu' dilakukan setiap kali waktu solat itu masuk dan muwalat (5)- Wajib segera solat lepas perkara tersebut dilakukan.
------------------------------- Umur putusnya haid (monopouse): ------------------------------- a. Menurut mazhab Syafi’ie; tidak ada umur tetap bagi putusnya haid. Ia hendaklah dikiaskan kepada ahli-ahli keluarga terdekat bagi seorang wanita dari pihak bapa dan juga pihak ibu seperti ibu-ibu saudara sebelah bapa dan ibu-ibu saudara sebelah ibu. Hal tersebut kerana faktor keturunan. Namun jika perlu untuk dilihat kepada faktor umur, maka Imam Syafi’ie menganggarkan bahawa umur putus haid ialah selepas 62 tahun kerana ia adalah umur kebiasaannya wanita putus haid.
b. Mazhab Imam Abu Hanifah menetapkan umur putus haid sebagai 55 tahun. Selepas umur tersebut, darah yang keluar tidak lagi dinamakan haid mengikut pandangan yang terpilih dalam mazhab.
c. Menurut mazhab Maliki pula, umur putus haid dari 50 hingga 70 tahun. Jika darah masih keluar selepas umur 70 tahun, maka ia bukan haid tetapi istihadhah.
d. Mazhab Imam Ahmad pula menetapkan umur putus haid antara 50 hingga 60 tahun. Antara dua tempoh ini merupakah tempoh syak di mana jika seorang wanita melihat darah semasa tempoh ini, maka ia tidak boleh berhenti dari ibadah sebagai langkah ihtiyat (berhati-hati) dan keluar dari khilaf. Namun jika umurnya genap 60 tahun dan darah masih keluar, maka darah yang dilihatnya bukan darah haid, tetapi istihadhah.
e. Apa yang perlu dilakukan oleh wanita yang telah putus haidnya? - Wanita yang telah putus haid, ia hendaklah bertindak sebagai perempuan yang suci sepanjang masa sama ada dari segi ibadah atau hukum-hakam yang lain. Dalam masalah eddah pula, ia hendaklah bereddah mengikut bulan, bukan mengikut bilangan haid atau bilangan suci lagi. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya dalam surah al-Talaq, ayat 4.
Darah istihadhah ialah darah yang keluar bukan pada masa haid dan juga nifas. Darah istihadhah merangkumi;[1] a) Darah yang keluar sebelum umur kemungkinan haid iaitu sembilan tahun mengikut jumhur ulamak. b) Darah yang keluar kurang dari tempoh minima haid iaitu sehari semalam mengikut mazhab Syafi’ie. c) Darah yang keluar melebihi tempoh maksima haid atau melebihi tempoh kebiasaan haid. d) Darah yang melebihi tempoh maksima nifas. e) Darah yang keluar dari wanita yang hamil mengikut pandangan jumhur ulamak selain mazhab Syafi’ie. f) Darah yang keluar melebihi umur putus haid
Darah istihadhah tidak turun dari rahim sebagaimana darah haid atau nifas, akan tetapi keluar dari urat yang dipanggil al-‘Azil (العاذل).[2] Sifat darah istihadhah -menurut mazhab Syafi’ie- adalah cair dan berwarna merah terang (antara merah dan kuning).[3]
Apa caranya untuk membezakan antara darah haid dan darah istihadhah jika seorang wanita menghadapi masalah keluar darah yang berterusan atau melebihi tempoh kebiasaan haid?
Berdasarkan hadis Nabi s.a.w., ada tiga kaedah untuk ia membezakannya;
1. Dengan merujuk kepada kebiasaan haidnya yang lalu.
Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. kepada Wanita yang istihadhah pertamanya hendaklah merujuk kepada kebiasaan haidnya (yakni darah-darah yang keluar pada hari-hari kebiasaan haid adalah darah haid dan adapun yang keluar pada hari berikutnya adalah istihadhah). Ini berpandukan hadis dari ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Fatimah binti Abi Hubaisyh r.a telah mengadu kepada Nabi s.a.w.; ‘Sesungguhnya aku kedatangan haid tanpa putus-putus. Apakah aku perlu meninggalkan solat?” Nabi s.a.w. menjawab; ‘Tidak. Sesungguhnya itu adalah darah dari urat (عرق), bukan darah haid. (Oleh demikian, janganlah kamu tinggalkan solat pada keseluruhan hari datangnya darah itu), akan tetapi kamu tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Jadi, seorang wanita semasa menghadapi masalah tersebut, jika ia mengingati tempoh kebiasaan haidnya, hendaklah ia mengira bilangan hari haidnya mengikut tempoh kebiasaan tersebut dan darah yang keluar selepas tempoh itu dikira sebagai darah istihadhah dan ia tertakluk dengan hukum wanita istihadhah (bukan wanita haid atau nifas). Contohnya; jika ia biasa kedatangan haid selama tujuh hari, maka hendaklah ia menetapkan tempoh haidnya selama tujuh hari dan darah yang masih keluar selepas tujuh hari itu dikira istihadhah.
2. Dengan melihat kepada perbezaan darah.
Jika seorang wanita tidak mempunyai kebiasaan haid (kerana baru kedatangan haid atau melupai kebiasaan haidnya), hendaklah dirujuk kepada perbezaan darah. Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. menghadapi istihadhah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya; “Sesungguhnya darah haid adalah darah berwarna hitam yang dikenali (yakni ia mempunyai bau yang dikenali oleh kaum wanita). Oleh demikian, jika kamu melihat darah sedemikian, hendaklah kamu menahan diri dari menunaikan solat. Tetapi jika kamu melihat darah berwarna lain, maka ambillah wudhuk dan kerjakanlah solat”. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Hibban dan al-Hakim. Berkata al-Albani; hadis ini hasan soheh).
Hadis di atas menjadi dalil bahawa diambil kira perbezaan sifat darah di mana jika bersifat dengan warna hitam, maka ia adalah haid dan jika tidak, maka ia adalah istihadhah.
3. Dengan merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita.
Sekiranya seorang wanita tidak mengetahui kebiasaan haidnya dan begitu juga ia tidak dapat membezakan darah dengan melihat sifat-sifatnya (yakni warna darah yang keluar adalah sekata), maka ketika itu ia hendaklah merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita iaitu enam atau tujuh hari. Ini berdasarkan hadis dari Hamnah binti Jahsyi r.a. yang menceritakan; Aku telah kedatangan haid yang banyak dan kuat. Lalu aku datang kepada Nabi s.a.w. untuk meminta fatwa dari baginda. Lalu baginda bersabda; Sesungguhnya ia (bukanlah haid, tetapi) satu tindakan jahat dari Syaitan (hingga menyebabkan kamu lupa kebiasaan haid kamu). Oleh demikian, tetapkanlah tempoh haid kamu enam atau tujuh hari sahaja, kemudian mandilah….(Riwayat Abu Dad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah. Menurut al-Albani; hadis hasan).
Adalah wanita yang menghadapi masalah tersebut wajib merujuk kepada ulamak?
Ya, wajib ia merujuk kepada ulamak. Berkata Imam Ibnul-Jauzi dalam kitabnya “أحكام المرأة” (Hukum Hakam Wanita); apabila berlaku kepada seorang wanita yang kedatangan haid keadaan-keadaan yang berbeza dengan kebiasaan haidnya, wajib ke atasnya menceritakan kepada para fuqahak pada setiap apa yang berlaku (untuk mendapat pandangan Syarak serta fatwa). (Halaman 42).
Apakah kedudukan wanita yang menghadapi darah istihadhah pada hukum Syarak?
Mereka adalah seperti wanita yang suci kerana darah yang keluar dari faraj mereka tidak dianggap oleh Syarak sebagai darah haid, tetapi darah penyakit atau istihadhah. Kerana itu, mereka wajib menunaikan solat dan berpuasa serta diharuskan bagi mereka perkara-perkara yang dilarang ke atas wanita yang haid (yakni tawaf, sujud, membaca al-Quran, I’tikaf, bersetubuh dengan suami dan sebagainya).
Oleh demikian, wanita Istihadhah wajib mandi apabila menyedari bahawa hari-hari haidnya telah tamat sekalipun darah masih keluar dari kemaluannya (yakni darah istihadhah). Hukum ini telah menjadi ijmak ulamak berdalilkan arahan Rasulullah s.a.w. kepada Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. (yang menghadapi masalah istihadhah); “…..tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”.
Bagaimana cara wanita yang menghadapi masalah istihadhah mengambil wudhuk? Adakah terdapat perbezaan dengan wanita suci lain yang tidak menghadapi masalah istihadhah?
Ya, ada perbezaan. Wanita yang mengalamai masalah istihadhah walaupun menyamai hukum wanita yang suci secara amnya sebagaimana dinyatakan tadi, namun ada sedikit perbezaan antaranya dengan wanita suci yang lain memandangkan darah masih keluar dari farajnya. Perbezaan itu ialah;
1. Wanita yang mengalami masalah istihadhah, ia hendaklah menunggu masuk waktu barulah mengambil wudhuk jika ingin mengerjakan solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu. Tidak harus ia mengambil wudhuk sebelum masuknya waktu kerana wudhuknya hanyalah wudhuk darurat dan sesuatu yang dilakukan kerana darurat hendaklah dilakukan apabila tiba waktunya.
2. Menurut mazhab Syafi’ie; satu wudhuk hanya untuk satu solat fardhu sahaja. Jika ia ingin mengerjakan berbilang-bilang solat fardhu (seperti solat qadha, nazar atau menjamakkan) ia wajib mengulangi wudhuknya. Adapun solat-solat sunat, harus ia mengerjakan seberapa banyak solat sunat yang diingini dengan satu wudhuk. Namun menurut mazhab Hanafi dan Hanbali; harus ia mengerjakan dengan satu wudhuk seberapa banyak solat fardhu yang dikehendaki, iaitu tiada beza dengan solat sunat.[4]
3. Sebelum mengambil wudhuk ia hendaklah membasuh kemaluannya dengan sempurna, kemudian membalutnya dengan kain atau sebagainya sekadar yang termampu (untuk membendung darah dari keluar sekadar terdaya). Setelah itu, hendaklah ia segera mengambil wudhuk.
4. Ketika mengambil wudhuk hendaklah ia berniat untuk mengharuskan solat, bacaan al-Quran atau ibadah-ibadah lain yang mensyaratkan wudhuk. Contohnya; ia meniatkan di dalam hati; “Sahaja aku mengambil wudhuk untuk solat kerana Allah Taala”. Tidak harus semasa mengambil wudhuk ia berniat untuk mengangkat hadas kerana hadasnya tidak akan terangkat selama darah sentiasa mengalir keluar dari kemaluannya kerana perkara tersebut membatalkan wudhuk.
5. Setelah selesai wudhuk hendaklah ia segera menunaikan solat tanpa menangguh lagi.
6. Sebahagian ulamak mengharuskan wanita yang menghadapi masalah istiadhah menjamakkan dua solat dengan sekali wudhuk iaitu menjamakkan zohor dan asar atau maghrib dan isyak. Ini kerana Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh Hamnah binti Jahsyi r.a. yang mengalami masalah istihadhah menjamakkan dua solatnya dengan sekali mandi sebagaimana baginda pernah menyuruh Sahlah binti Sahal r.a. berbuat yang sama.
Adakah wanita istihadhah harus disetubuhi suaminya?
Berlaku khilaf di kalangan ulamak;
1. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie); harus bagi suaminya mensetubuhinya sekalipun darah sedang keluar dari kemaluannya.
2. Menurut Imam an-Nakha’ie dan al-Hakam; dilarang mensetubuhinya kerana diriwayatkan dari Saidatina ‘Aisyah r.a. bahawa beliau menegah suami mensetubuhi isterinya yang istihadhah.
3. Imam Ibnu Sirin memakruhkannya.
4. Berkata Imam Ahmad; Tidak harus mensetubuhinya kecuali jika terlalu lama istihadhahnya. Dalam satu riwayat yang lain darinya; Tidak harus kecuali jika ditakuti suaminya akan berbuat dosa (zina dan sebagainya).
SIFAT DARAH HAID, ISTIHADAH, WILADAH, DAN NIFAS Berikut adalah sifat-sifat utama bagi mengenalpasti 4 jenis darah ini:
Darah Haid – Darah yang keluar mengikut kitaran setiap bulan. Dari segi rupa, darah haid berwarna gelap, kelihatan lebih kental dan berbau hanyir. Darah Istihadah – Darah yang keluar dari seorang wanita di luar kebiasaan dan tidak tetap waktunya. Biasanya darah ini berwarna cerah atau merah segar, cair dan tidak berbau. Darah Wiladah – Darah yang keluar sewaktu bersalin. Jika berlaku kes keguguran, tetap dikira wiladah dan wajib mandi. Begitu juga kelahiran melalui pembedahan Caesarean. Darah Nifas – Darah yang keluar selepas bersalin, iaitu sebaik sahaja rahim dikosongkan.
PERAWI - Muslim
ReplyDeleteDarjatnya - Sahih
Maksudnya: Menerangkan bahawa darah yang keluar di luar waktu haid yang biasa adalah darah penyakit ( Istihadhah )
HUKUM: Wanita Istihahdhah disunatkan mandi setiap kali akan solat seperti tersebut pada hadis ini.
----------------
ReplyDeleteMakna Hadis
----------------
Kaum wanita pada permulaaan Islam mempunyai perhatian yang amat besar untuk menanyakan apa2 yang dianggap musykil dalam agama. Tujuannya ialah supaya mereka dapat beribadah kepada Allah SWT dengan cara yang betul dan hati mereka dipenuhi dengan perasaan khusyuk kepadaNya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dari soalan yang diajukan oleh Ummu Habibah dan langkahnya untuk mandi setiap kali hendak mengerjakan solat sebagai amalan sunat dan sikap berhati-hati dalam urusan agama, padahal mandi tidak diwajibkan ke atasnya setiap kali hendak mengerjakan solat, melainkan dia hanya diwajibkan berwudhuk saja.
----------------
ReplyDeleteUmmu Habibah
----------------
Ummu Habibah, namanya sebenarnya adalah Habibah binti Jahsy dan nama panggilannya adalah Ummu Habibah, isteri Abdurrahman ibn Auf (r.a). Beliau adalah saudara perempuan Zainab Ummu al-Mu'minin dan hamnah isteri al-Zubair ibn al'Awwam (r.a.)
------------------
ReplyDeleteشكت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الدم
------------------
Lalu dia mengadu kepada Rasulullah SAW mengenai pendarahan di luar kebiasaan yang dia alami.
-----------------
ReplyDeleteأمكثي
-----------------
Tahanlah dirimu, yakni jangan mengerjakan solat dan perkara-perkara yang dilarang bagi wanita yang sedang berhaid
------------
ReplyDeleteقدر ما كانت تحسبك حيضتك
------------
Selama masa haid yang biasa kamu alami sebelum ada pendarahan istihadhah
-------------
ReplyDeleteاغتسلي
-------------
Mandilah kamu untuk membebaskan dirimu daripada haid
---------------
ReplyDeleteفكانت تغتسل كل صلاة
---------------
dia sentiasa mandi setiap kali hendak mengerjakan solat dan hukum mandi ini sunat kerana dia tidak disuruh untuk berbuat demikian.
---------------
ReplyDeleteFeqah hadis
---------------
Wanita yang beristihadhah diperintahkan untuk merujuk kepada pengetahuan berikut: (1)- Kebiasaann yang telah dia alami sebelum istihadhah (2)- kebiasaan haid bagi kaum wanita yang umurnya sebaya dengannya iaitu selama enam atau tujuh hari. masa haid yang paling minimum ialah sehari semalam, kebanyakkannya enam atau tujuh hari sedangkan batasan maksimumnya ialah 15 hari. (3)- Spesifikasi darah dilihat dari segi warna dan baunya. (4)- Masa datang dan masa berhentinya. maka dia wajib mandi pada masa haidnya berhenti manakala hukum mandi dan wudhu' sesudah itu, maka keterangannya dihuraikan dalam hadis no 118 pada bahagian fiqh hadis - Ibanah al-Ahkam
--------------
ReplyDeleteDarah Haid & Hukum Hakamnya
--------------
Darah haid ialah darah normal yang keluar dari pangkal rahim wanita yang baligh dalam keadaan sihat tanpa apa-apa sebab pada waktu tertentu. Sekurang-kurang haid ialah sehari semalam (24Jam). Sepanjang-panjang haid ialah 15 hari. Biasanya 6/7 hari.
----------------
Hukum Hakam Haid
----------------
(1)- Haram dan tidak sah solat fardhu atau sunat termasuk solat jenazah. Dan tidak perlu diqadha' (2)- Haram dan tidak sah melakukan sujud tilawah dan sujud syukur (3)- Haram dan tidak sah melakukan tawaf fardhu atau sunat. (4)- Haram dan tidak sah puasa fardhu atau sunat namun puasa Ramadhan wajib di qadha'. (5)- Haram iktikaf/duduk di dalam masjid (6)- Haram masuk/lalu dalam masjid jika bimbang mengotori masjid. (7)- Haram baca Quran dgn niat baca Quran (8)- Haram menyentuh Mushaf Quran (9)- Haram dan tidak sah mandi wajib dan berwudhu' sebelum darah haid berhenti (suci) (10)- Haram disetubuhi suami walaupun berlapik (11)- Haram digauli suami berseronok2 antara pusat dan lutut tanpa berlapik. (12)- Haram suami ceraikan isteri masa haid tetapi talak jatuh/sah.
----------------
ReplyDeleteDarah Nifas
----------------
Darah yang keluar lepas bersihnya rahim daripada kandungan iaitu darah yang keluar selepas bayi/kandungan keluar dengan sempurna (habis keluar) dengan syarat darah tersebut keluar sebelum berlalunya tempoh 15 hari suci selepas sesuatu kelahiran / keguguran.
----------------
Hukum Hakam Nifas
----------------
Sekurang-kurang nifas ialah satu lahzah (sedetik), sebanyak-banyak nifas ialah 60 hari dan kebiasaannya adalah 40 hari
Hukum nifas adalah sama semuanya spt hukum haid.
------------------
ReplyDeleteDarah Istihadhah
------------------
Darah yang keluar bukan pada hari-hari haid dan nifas.Ia merupakan darah penyakit yang keluar melalui urat di hujung rahim yang dinamakan 'azil.
------------------
Hukum Hakam Darah Istihadhah
------------------
Darah ini tidak mewajibkan mandi , wajib bersolat dan berpuasa.
------------------
Apa Yang perlu dilakukan oleh Perempuan Yg Istihadhah
------------------
(1)- Membasuh darah tersebut (2)- Memakai pad dan seumpamanya (3)- Segera untuk berwudhu' (4)- Disyaratkan wudhu' dilakukan setiap kali waktu solat itu masuk dan muwalat (5)- Wajib segera solat lepas perkara tersebut dilakukan.
-------------------------------
ReplyDeleteUmur putusnya haid (monopouse):
-------------------------------
a. Menurut mazhab Syafi’ie; tidak ada umur tetap bagi putusnya haid. Ia hendaklah dikiaskan kepada ahli-ahli keluarga terdekat bagi seorang wanita dari pihak bapa dan juga pihak ibu seperti ibu-ibu saudara sebelah bapa dan ibu-ibu saudara sebelah ibu. Hal tersebut kerana faktor keturunan. Namun jika perlu untuk dilihat kepada faktor umur, maka Imam Syafi’ie menganggarkan bahawa umur putus haid ialah selepas 62 tahun kerana ia adalah umur kebiasaannya wanita putus haid.
b. Mazhab Imam Abu Hanifah menetapkan umur putus haid sebagai 55 tahun. Selepas umur tersebut, darah yang keluar tidak lagi dinamakan haid mengikut pandangan yang terpilih dalam mazhab.
c. Menurut mazhab Maliki pula, umur putus haid dari 50 hingga 70 tahun. Jika darah masih keluar selepas umur 70 tahun, maka ia bukan haid tetapi istihadhah.
d. Mazhab Imam Ahmad pula menetapkan umur putus haid antara 50 hingga 60 tahun. Antara dua tempoh ini merupakah tempoh syak di mana jika seorang wanita melihat darah semasa tempoh ini, maka ia tidak boleh berhenti dari ibadah sebagai langkah ihtiyat (berhati-hati) dan keluar dari khilaf. Namun jika umurnya genap 60 tahun dan darah masih keluar, maka darah yang dilihatnya bukan darah haid, tetapi istihadhah.
e. Apa yang perlu dilakukan oleh wanita yang telah putus haidnya? - Wanita yang telah putus haid, ia hendaklah bertindak sebagai perempuan yang suci sepanjang masa sama ada dari segi ibadah atau hukum-hakam yang lain. Dalam masalah eddah pula, ia hendaklah bereddah mengikut bulan, bukan mengikut bilangan haid atau bilangan suci lagi. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya dalam surah al-Talaq, ayat 4.
Darah Istihadhah
ReplyDeleteApa maksud darah istihadhah?
Darah istihadhah ialah darah yang keluar bukan pada masa haid dan juga nifas. Darah istihadhah merangkumi;[1]
a) Darah yang keluar sebelum umur kemungkinan haid iaitu sembilan tahun mengikut jumhur ulamak.
b) Darah yang keluar kurang dari tempoh minima haid iaitu sehari semalam mengikut mazhab Syafi’ie.
c) Darah yang keluar melebihi tempoh maksima haid atau melebihi tempoh kebiasaan haid.
d) Darah yang melebihi tempoh maksima nifas.
e) Darah yang keluar dari wanita yang hamil mengikut pandangan jumhur ulamak selain mazhab Syafi’ie.
f) Darah yang keluar melebihi umur putus haid
Darah istihadhah tidak turun dari rahim sebagaimana darah haid atau nifas, akan tetapi keluar dari urat yang dipanggil al-‘Azil (العاذل).[2] Sifat darah istihadhah -menurut mazhab Syafi’ie- adalah cair dan berwarna merah terang (antara merah dan kuning).[3]
Apa caranya untuk membezakan antara darah haid dan darah istihadhah jika seorang wanita menghadapi masalah keluar darah yang berterusan atau melebihi tempoh kebiasaan haid?
ReplyDeleteBerdasarkan hadis Nabi s.a.w., ada tiga kaedah untuk ia membezakannya;
1. Dengan merujuk kepada kebiasaan haidnya yang lalu.
Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. kepada Wanita yang istihadhah pertamanya hendaklah merujuk kepada kebiasaan haidnya (yakni darah-darah yang keluar pada hari-hari kebiasaan haid adalah darah haid dan adapun yang keluar pada hari berikutnya adalah istihadhah). Ini berpandukan hadis dari ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Fatimah binti Abi Hubaisyh r.a telah mengadu kepada Nabi s.a.w.; ‘Sesungguhnya aku kedatangan haid tanpa putus-putus. Apakah aku perlu meninggalkan solat?” Nabi s.a.w. menjawab; ‘Tidak. Sesungguhnya itu adalah darah dari urat (عرق), bukan darah haid. (Oleh demikian, janganlah kamu tinggalkan solat pada keseluruhan hari datangnya darah itu), akan tetapi kamu tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Jadi, seorang wanita semasa menghadapi masalah tersebut, jika ia mengingati tempoh kebiasaan haidnya, hendaklah ia mengira bilangan hari haidnya mengikut tempoh kebiasaan tersebut dan darah yang keluar selepas tempoh itu dikira sebagai darah istihadhah dan ia tertakluk dengan hukum wanita istihadhah (bukan wanita haid atau nifas). Contohnya; jika ia biasa kedatangan haid selama tujuh hari, maka hendaklah ia menetapkan tempoh haidnya selama tujuh hari dan darah yang masih keluar selepas tujuh hari itu dikira istihadhah.
2. Dengan melihat kepada perbezaan darah.
Jika seorang wanita tidak mempunyai kebiasaan haid (kerana baru kedatangan haid atau melupai kebiasaan haidnya), hendaklah dirujuk kepada perbezaan darah. Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. menghadapi istihadhah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya; “Sesungguhnya darah haid adalah darah berwarna hitam yang dikenali (yakni ia mempunyai bau yang dikenali oleh kaum wanita). Oleh demikian, jika kamu melihat darah sedemikian, hendaklah kamu menahan diri dari menunaikan solat. Tetapi jika kamu melihat darah berwarna lain, maka ambillah wudhuk dan kerjakanlah solat”. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Hibban dan al-Hakim. Berkata al-Albani; hadis ini hasan soheh).
Hadis di atas menjadi dalil bahawa diambil kira perbezaan sifat darah di mana jika bersifat dengan warna hitam, maka ia adalah haid dan jika tidak, maka ia adalah istihadhah.
3. Dengan merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita.
Sekiranya seorang wanita tidak mengetahui kebiasaan haidnya dan begitu juga ia tidak dapat membezakan darah dengan melihat sifat-sifatnya (yakni warna darah yang keluar adalah sekata), maka ketika itu ia hendaklah merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita iaitu enam atau tujuh hari. Ini berdasarkan hadis dari Hamnah binti Jahsyi r.a. yang menceritakan; Aku telah kedatangan haid yang banyak dan kuat. Lalu aku datang kepada Nabi s.a.w. untuk meminta fatwa dari baginda. Lalu baginda bersabda; Sesungguhnya ia (bukanlah haid, tetapi) satu tindakan jahat dari Syaitan (hingga menyebabkan kamu lupa kebiasaan haid kamu). Oleh demikian, tetapkanlah tempoh haid kamu enam atau tujuh hari sahaja, kemudian mandilah….(Riwayat Abu Dad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah. Menurut al-Albani; hadis hasan).
Adalah wanita yang menghadapi masalah tersebut wajib merujuk kepada ulamak?
ReplyDeleteYa, wajib ia merujuk kepada ulamak. Berkata Imam Ibnul-Jauzi dalam kitabnya “أحكام المرأة” (Hukum Hakam Wanita); apabila berlaku kepada seorang wanita yang kedatangan haid keadaan-keadaan yang berbeza dengan kebiasaan haidnya, wajib ke atasnya menceritakan kepada para fuqahak pada setiap apa yang berlaku (untuk mendapat pandangan Syarak serta fatwa). (Halaman 42).
Apakah kedudukan wanita yang menghadapi darah istihadhah pada hukum Syarak?
ReplyDeleteMereka adalah seperti wanita yang suci kerana darah yang keluar dari faraj mereka tidak dianggap oleh Syarak sebagai darah haid, tetapi darah penyakit atau istihadhah. Kerana itu, mereka wajib menunaikan solat dan berpuasa serta diharuskan bagi mereka perkara-perkara yang dilarang ke atas wanita yang haid (yakni tawaf, sujud, membaca al-Quran, I’tikaf, bersetubuh dengan suami dan sebagainya).
Oleh demikian, wanita Istihadhah wajib mandi apabila menyedari bahawa hari-hari haidnya telah tamat sekalipun darah masih keluar dari kemaluannya (yakni darah istihadhah). Hukum ini telah menjadi ijmak ulamak berdalilkan arahan Rasulullah s.a.w. kepada Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. (yang menghadapi masalah istihadhah); “…..tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”.
Bagaimana cara wanita yang menghadapi masalah istihadhah mengambil wudhuk? Adakah terdapat perbezaan dengan wanita suci lain yang tidak menghadapi masalah istihadhah?
ReplyDeleteYa, ada perbezaan. Wanita yang mengalamai masalah istihadhah walaupun menyamai hukum wanita yang suci secara amnya sebagaimana dinyatakan tadi, namun ada sedikit perbezaan antaranya dengan wanita suci yang lain memandangkan darah masih keluar dari farajnya. Perbezaan itu ialah;
1. Wanita yang mengalami masalah istihadhah, ia hendaklah menunggu masuk waktu barulah mengambil wudhuk jika ingin mengerjakan solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu. Tidak harus ia mengambil wudhuk sebelum masuknya waktu kerana wudhuknya hanyalah wudhuk darurat dan sesuatu yang dilakukan kerana darurat hendaklah dilakukan apabila tiba waktunya.
2. Menurut mazhab Syafi’ie; satu wudhuk hanya untuk satu solat fardhu sahaja. Jika ia ingin mengerjakan berbilang-bilang solat fardhu (seperti solat qadha, nazar atau menjamakkan) ia wajib mengulangi wudhuknya. Adapun solat-solat sunat, harus ia mengerjakan seberapa banyak solat sunat yang diingini dengan satu wudhuk. Namun menurut mazhab Hanafi dan Hanbali; harus ia mengerjakan dengan satu wudhuk seberapa banyak solat fardhu yang dikehendaki, iaitu tiada beza dengan solat sunat.[4]
3. Sebelum mengambil wudhuk ia hendaklah membasuh kemaluannya dengan sempurna, kemudian membalutnya dengan kain atau sebagainya sekadar yang termampu (untuk membendung darah dari keluar sekadar terdaya). Setelah itu, hendaklah ia segera mengambil wudhuk.
4. Ketika mengambil wudhuk hendaklah ia berniat untuk mengharuskan solat, bacaan al-Quran atau ibadah-ibadah lain yang mensyaratkan wudhuk. Contohnya; ia meniatkan di dalam hati; “Sahaja aku mengambil wudhuk untuk solat kerana Allah Taala”. Tidak harus semasa mengambil wudhuk ia berniat untuk mengangkat hadas kerana hadasnya tidak akan terangkat selama darah sentiasa mengalir keluar dari kemaluannya kerana perkara tersebut membatalkan wudhuk.
5. Setelah selesai wudhuk hendaklah ia segera menunaikan solat tanpa menangguh lagi.
6. Sebahagian ulamak mengharuskan wanita yang menghadapi masalah istiadhah menjamakkan dua solat dengan sekali wudhuk iaitu menjamakkan zohor dan asar atau maghrib dan isyak. Ini kerana Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh Hamnah binti Jahsyi r.a. yang mengalami masalah istihadhah menjamakkan dua solatnya dengan sekali mandi sebagaimana baginda pernah menyuruh Sahlah binti Sahal r.a. berbuat yang sama.
Adakah wanita istihadhah harus disetubuhi suaminya?
ReplyDeleteBerlaku khilaf di kalangan ulamak;
1. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie); harus bagi suaminya mensetubuhinya sekalipun darah sedang keluar dari kemaluannya.
2. Menurut Imam an-Nakha’ie dan al-Hakam; dilarang mensetubuhinya kerana diriwayatkan dari Saidatina ‘Aisyah r.a. bahawa beliau menegah suami mensetubuhi isterinya yang istihadhah.
3. Imam Ibnu Sirin memakruhkannya.
4. Berkata Imam Ahmad; Tidak harus mensetubuhinya kecuali jika terlalu lama istihadhahnya. Dalam satu riwayat yang lain darinya; Tidak harus kecuali jika ditakuti suaminya akan berbuat dosa (zina dan sebagainya).
SIFAT DARAH HAID, ISTIHADAH, WILADAH, DAN NIFAS
ReplyDeleteBerikut adalah sifat-sifat utama bagi mengenalpasti 4 jenis darah ini:
Darah Haid – Darah yang keluar mengikut kitaran setiap bulan. Dari segi rupa, darah haid berwarna gelap, kelihatan lebih kental dan berbau hanyir.
Darah Istihadah – Darah yang keluar dari seorang wanita di luar kebiasaan dan tidak tetap waktunya. Biasanya darah ini berwarna cerah atau merah segar, cair dan tidak berbau.
Darah Wiladah – Darah yang keluar sewaktu bersalin. Jika berlaku kes keguguran, tetap dikira wiladah dan wajib mandi. Begitu juga kelahiran melalui pembedahan Caesarean.
Darah Nifas – Darah yang keluar selepas bersalin, iaitu sebaik sahaja rahim dikosongkan.