وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( اَلتَّسْبِيحُ لِلرِّجَالِ وَالتَّصْفِيقُ لِلنِّسَاءِ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. زَادَ مُسْلِمٌ ( فِي اَلصَّلَاةِ )
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Tasbih itu bagi laki-laki dan tepuk tangan itu bagi wanita. Muttafaq Alaihi. Muslim menambahkan: Di dalam sholat.
-------------------------
SYARAH MAKNA HADIS - Kaum wanita diperintahkan untuk merendahkan suara, kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah. Ada ketikanya seorang wanita mengalami suatu keadaan diluar jangkaan ketika sedang solat dan dia ingin memberikan peringatan mengenai keadaan dirinya. Dlm keadaan seperti ini dia disyariatkan bertepuk tangan untuk memberitahukan yang dia berada dalam solat atau sedang solat. Sedangkan bagi lelaki pula disyariatkan membaca tasbih untuk memberitahukan kpd orang yang mendengarnya yang dia sedang solat. - Analisis Lafaz - [ 1 ] - " التَّسْبِيحُ " ialah ucapan Subhanallah. ( سبحان الله ). - Fiqah Hadis - (1)- Disyariatkan Tasbih utk lelaki & Tasfiq utk wanita tujuan utk memberitahu org yang dia sdg solat atau memperingatkan orang yg lalai, mengingatkan imam yang tersilap dlm urusan solat, mengingatkan orang buta dan lain-lain. (2)- Suara perempuan adalah fitnah, oleh itu mesti direndahkannya. [ TAMAT ].

--------------------
ReplyDeleteHukum Tepuk Tangan Dlm Majlis
--------------------
Baca artikel berikut : http://www.addeen.my/index.php/terkini/item/573-hukum-bertepuk-tangan-dalam-sesuatu-majlis
--------------------
ReplyDeleteHukum Tepuk Tangan Dlm Majlis
--------------------
Haram ketika solat, diharus bagi meriahkan majlis
--------------------
Bertepuk tangan di majlis keramaian adalah harus pada hukum syarak. Yang ditegah adalah sewaktu solat ataupun mengaitkannya dengan ibadah
--------------------
KEBIASAANNYA bertepuk tangan disaksikan ketika menghadiri majlis keramaian dan persembahan. Sudah menjadi kebiasaan majlis berbentuk Islam sunyi daripada tepukan gemuruh penontonnya. Bahkan suasana sedemikian menampakkan kesuraman sesuatu program. Apabila diteliti permasalahan ini, timbul beberapa perbahasan dalam kalangan sesetengah orang agama bahawa bertepuk tangan itu diharamkan. Ada pula mengeluarkan pendapat pelik ia boleh menyebabkan syaitan melahirkan anaknya.
------------------------
Malah ada yang mencadangkan jika ingin menepuk tangan maka tepuklah dengan belakang tapak tangan sebagai isyarat gantian. Persoalannya adakah ini sesuatu ditetapkan agama. Walaupun ada dibahaskan dalam bab solat oleh ulama asy-Syafi’iyyah seperti Imam Ramli dan al-Bajuri, namun ia tidak membabitkan hukum menepuk tangan di luar solat. Maka, ada pendapat mengharamkannya berasaskan penghujahan dalil tertentu.
-----------------------
Firman Allah SWT bermaksud: “Tiadalah solat atau ibadah mereka di Masjidil Haram selain muka’ (siulan) dan tashdiyyah (tepuk tangan). Maka rasakan azab disebabkan kekafiran kamu.” (Surah al-Anfal ayat 35)
------------------------
Pentafsir mentafsirkan ayat ini mengatakan perkataan al-muka’ (siulan) dan al-tashdiyyah (tepuk tangan) yang dimaksudkan dalam surah al-Anfal ialah perbuatan orang kafir yang mengganggu solat dan bacaan al-Quran Rasulullah serta kaum muslimin.
--------------------------
Tepukan dan siulan itu mendatangkan rasa tidak senang kepada Rasulullah dan orang Islam sehingga Rasulullah menegah perbuatan berkenaan. Ini pandangan paling tepat dalam menceritakan sebab turunnya ayat menurut Imam Jalaluddin as-Suyuti.
--------------------------
Al Qurtubi pula merujuk kepada pendapat Ibnu Abbas mengatakan, masyarakat Quraisy jahiliah melakukan tawaf di Masjidil Haram dengan bertelanjang, bertepukan dan bersiulan. Pada pandangan mereka ia adalah ibadat. Ini juga pandangan Mujahid, As Suddi dan Ibnu Umar.
-------------------------
Merujuk sebab turun dan kisah di sebalik ayat 35 surah al-Anfal ini, jelas pengharaman tepuk tangan secara umumnya adalah kepada orang yang meniru perbuatan orang kafir dalam melakukan ibadah. Jika ibadah solat diselang-selikan dengan bertepuk tangan maka secara jelas diharamkan.
---------------------------
----------------
ReplyDeleteSurah Anfal 35
----------------
وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً ۚ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ
----------------
Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.
Baca Artikel Berikut - https://masjidtamanpuncakjalil.wordpress.com/2013/06/21/hukum-tepuk-tangan/
ReplyDelete