Sunday, 28 May 2023

Bab Syarat Solat Hadis 235 : Larangan Bercakap Dalam Solat

وَعَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ رضي الله عنه قَالَ : ( إِنْ كُنَّا لَنَتَكَلَّمُ فِي اَلصَّلَاةِ عَلَى عَهْدِ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم يُكَلِّمُ أَحَدُنَا صَاحِبَهُ بِحَاجَتِهِ حَتَّى نَزَلَتْ : (حَافِظُوا عَلَى اَلصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ اَلْوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ) ]اَلْبَقَرَة : 238] فَأُمِرْنَا بِالسُّكُوتِ وَنُهِينَا عَنْ اَلْكَلَامِ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ وَاللَّفْظُ لِمُسْلِمٍ
Zaid Ibnu Arqom berkata: Kami benar-benar pernah berbicara dalam sholat pada jaman Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam salah seorang dari kami berbicara dengan temannya untuk keperluannya sehingga turunlah ayat (Peliharalah segala sholat(mu) dan sholat yang tengah dan berdirilah untuk Allah dengan khusyu') lalu kami diperintahkan untuk diam dan kami dilarang untuk berbicara. Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut riwayat Muslim.
-----------------
Rujukan
------------------
(1) - Hadis Dzul Yadain - Nabi Terlupa Rakaat Solat Zohor / Asar

9 comments:

  1. -------------------
    Makna Hadis [ Ruj : Ibanatul Ahkam ]
    -------------------
    paad permulaan Islam, bercakap-cakap di dalam solat tidak membatalkan solat. Setelah Allah melihat kaum muslimin telah pun mematuhi semua apa yang telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW sesuai dengan perintah Allah , Allah kemudian menurunkan kepada Rasulullah SAW satu ayat yang menyuruh mereka memelihara solat. Secara khusus Allah memerintahkan agar memelihara solat Asar memandangkan solat Asar merupakan solat yang sering kali terlepas, sebab ia merupakan waktu istirehat setelah lelah bekerja sepanjang hari. Allah menyuruh mereka diam ( tidak bercakap-cakap ) semasa di dalam solat dan menyuruh mereka mengerjakan solat menghadap kepada Allah dengan khusyuk.

    ReplyDelete
  2. -----------------
    Analisis Lafaz
    ------------------
    Maksud ( لَنَتَكَلَّمُ فِي الصَّلاَةِ ) - Maksud bercakap ialah menjawab sesuatu yang telah diwajibkan seperti menjawab salam dan sebagainya, bukannya berborak2 atau cakap kosong.
    -------------------
    Maksud ( الصلاة الوسطى ). Jumhur Ulama' mengatakan maksudnya ialah solat Asar. Imam Syafie mengatakan maksudnya solat Subuh.
    -------------------
    Maksud ( قانتين ) - Diam atau Khusyu'

    ReplyDelete
  3. ---------------------
    Feqah hadis
    ---------------------
    [ 1 ] - Dianjurkan memelihara solat lima waktu. [ 2 ] - Dianjurkan memelihara semua solat dan khususnya solat Wustho iaitu solat Asar. [ 3 ] - Haram bercakap2 semasa mengerjakan solat dan solat menjadi batal kerana bercakap-cakap dengan sengaja tidak kereana untuk kemaslahatan. [ 4 ] - Penggunakaan perkataan " al-QUNUT " menunjukkan erti diam dan ini merupakan salah satu maknanya. Para Sahabat memahami makna bagi lafaz al-qunut dari al-Quran atau berlandaskan tafsiran Nabi (SAW) terhadapnya.

    ReplyDelete
  4. ---------------------------
    Periwayat Hadis
    ---------------------------
    Zaid Bin Arqam al-Khazraji
    ---------------------------
    Beliau turut serta dalam peperangan Khandaq. Beliau turut serta dalam peperangan Khandaq. Beliau turut berperang sebanyak 17X. Beliau tinggal di Kufah dan meriwayatkan 90 Hadis. Abdurrahman ibn Abu Laila dan Thawus telah mengambil riwayat daripadanya. Beliau termasuk salah seorang sahabat dekat dengan Khalifah Ali Bin Abi Talib (r.a.) dan ikut bersamanya dalam perang Siffin. Beliau meninggal dunia pada tahun 66 Hijrah.

    ReplyDelete
  5. ---------------------
    Kisah Nabi Terlupa Bilangan Rakaat Solat & Bercakap Slps Solat & Bangkit Semula utk menyempurnakannya. - Hadis Dzul Yadain
    ---------------------
    BOLEH MENERUSKAN SOLAT SELEPAS SALAM AKIBAT TERLUPA RAKAAT
    ---------------------
    SOALAN
    ---------------------
    Bagaimanakah kalau kita bagi salam sebelum cukup rakaat, kemudian baru perasan atau diberitahu rakaat belum cukup. Betulkah kita perlu bangun dan tambah bilangan rakaat yang tidak cukup, kemudian sujud sahwi dan bagi salam, atau kena solat semula dari awal. Bagaimana pula kalau setelah salam yang awal tadi kita dah bercakap dan bergerak?
    ---------------------
    Dalam hal ini, sayugia kita merujuk kepada sejarah Islam, dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim dan lain-lain riwayat, bahawa Rasulullah SAW solat fardu Zuhur, dalam satu riwayat solat fardu Asar, sebanyak 2 rakaat lalu Baginda SAW bangkit menuju ke pintu dengan wajahnya yang serius. Lalu seorang sahabat yang dipanggil Dzul Yadain bertanya kepada Rasulullah SAW:
    أَقُصِرَتِ الصَّلَاةُ أَمْ نَسِيتَ

    Maksudnya: Adakah solat telah dipendekkan (oleh Syarak) atau engkau telah lupa ? Jawab Rasulullah SAW: Solat tidak dipendekkan dan aku tidak pula lupa. Baginda SAW lalu bertanya kepada para sahabat yang lain: Apakah benar yang dikatakan Dzul Yadain itu?. Mereka membenarkannya. Lalu Baginda SAW bangkit dan menyempurnakan baki solat dua rakaat lagi beserta sujud sahwi. Hadis riwayat Imam Muslim (573) dalam Sahihnya
    ---------------------------
    Hadis ini menerangkan tunjuk ajar Nabi SAW kepada para sahabatnya, dan umat keseluruhannya, tentang tatacara melengkap solat fardu yang tidak sempurna bilangan rakaatnya, kerana lupa atau sebagainya. Justeru boleh disambung untuk melengkapkan bilangan rakaat yang belum sempurna jika selepas salam yang tersilap itu tidak diselangi dengan percakapan dan pergerakan yang banyak. Manakala, jika sudah berlalu tempoh yang panjang berserta pergerakan yang banyak (seperti mandi, makan minum) maka perlu ditunaikan semula solat daripada awal. Wallahua`lam.
    ------------------------
    TAMAT
    -----------------------

    ReplyDelete
  6. ------------------
    Matan hadis - Nabi Terlupa Bilangan Rakaat
    -------------------
    Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, katanya:
    صَلَّى بِنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ أَوْ الْعَصْرَ فَسَلَّمَ فَقَالَ لَهُ ذُو الْيَدَيْنِ الصَّلَاةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَقَصَتْ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَحَقٌّ مَا يَقُولُ قَالُوا نَعَمْ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ أُخْرَيَيْنِ ثُمَّ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ
    Maksudnya: “Nabi SAW pernah solat Zohor atau Asar dengan mengimamkan kami. Setelah Baginda memberi salam, lalu Zul Yadain berkata: “Wahai Rasulullah, adakah solat telah berkurang (rakaatnya).?” Maka Nabi SAW pun berkata kepada para sahabat Baginda: “Adakah benar apa yang dikatakan oleh Zul Yadain itu?” Para sahabat menjawab: “Ya, benar.” Lalu Rasulullah menyambung dua rakaat yang berbaki, kemudian Baginda sujud dua kali.”[3]

    ReplyDelete
  7. Daripada hadis ini, dapat kita fahami jika ramai yang bersetuju bahawa imam terkurang rakaatnya dan imam meyakini bahawa memang dia meninggalkan rakaat maka wajib bagi imam untuk menyempurnakan rakaat yang berbaki dan kemudian melakukan sujud sahwi. Adapun jika imam sudah meyakini bahawa dia telah melakukan rakaat dengan sempurna tanpa ada pengurangan dan jumlah yang syak terhadap solatnya itu sedikit maka imam perlu beramal dengan apa yang dia diyakini.[4] Hadis di atas menerangkan tunjuk ajar Nabi SAW kepada para sahabatnya, dan umat keseluruhannya, tentang tatacara melengkap solat fardu yang tidak sempurna bilangan rakaatnya, kerana lupa atau sebagainya. Seafdhalnya juga bagi makmum untuk memberitahu imam yang rakaatnya tidak cukup.

    ReplyDelete
  8. Berdasarkan nas dan keterangan di atas, kami nyatakan bahawa boleh disambung untuk melengkapkan bilangan rakaat yang belum sempurna jika selepas salam yang tersilap itu tidak diselangi dengan percakapan dan pergerakan yang banyak. Manakala, jika sudah berlalu tempoh yang panjang berserta pergerakan yang banyak (seperti mandi, makan minum) maka perlu ditunaikan semula solat daripada awal.

    ReplyDelete
  9. ----------------------
    Jika Terlupa Rakaat
    ----------------------
    [ 1 ] - Sekiranya anda terlupa bilangan rakaat, sudah 2 rakaat ke 3 rakaat. Sudah 3 rakaat ke 4 rakaat, maka, ambillah bilangan yang paling sedikit lalu tambahlah satu rakaat. Contohnya, tidak ingat sudah rakaat 3 ke 4, maka ambil 3. Sudah rakaat 2 ke 3, maka ambil 2.
    ----------------------
    [ 2 ] - Kemudian, di akhir rakaat, buatlah sujud sahwi sebelum bagi salam. Kalau anda tidak faham dari video ini bagaimana hendak sujud sahwi, search sahaja di youtube. Sudah ramai orang buat tutorial.
    -----------------------
    [ 3 ] - Jika anda sudah habis solat, anda baru perasan yang rakaat tidak cukup, maka bangun dan tambahlah rakaat, dan sebelum salam, buat sujud sahwi juga.

    ReplyDelete